Mengenali Kejijikan Kamal
Atarturk&Pemerintahannya.
Mastafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang
memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang
yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam Uthmaniyah Turki pada tahun
1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika,
Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama
Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan kastam.
Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas
melarikan diri ke Mesir pernah berkata, “
Memang mudah sekali
Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan
Khalifah dan menggulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan
Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak
ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam
(lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak
Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila
Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka
melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun
ke luar dari negara kami.”
PADA 23 MAC 1924, Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan rasminya oleh Mustafa
Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan hati-hati ummah
semesta alam yang cintakan Islam.
Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang
pasang akan surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan
terpadam juga akhirnya. Era kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu
penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui ajalnya.
Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan
kefasadan yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya.
Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai
ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan
semahu-mahunya.
Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan
Maha Adil. Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya.
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang
Allah berikan di dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan